May 20, 2011

,,kenangan di melaka!!

28hb MAC 2011
walaupun dah lambat
aku still nk citer gak
=)
aku, dr eliana, dr asilah dan dr masriatun
pas exam ikhtisas ari tu
kitorg g melaka
2hari 1malam

ada ape lg kt melaka??
tempat bersejarah laa
jd patriotik kjap kitorg berempat..
hehe..


njoy reading!

May 11, 2011

:: mood terharu..

minggu ni aku ditempatkan kt wad psikiatri
posting kt wad ni selama 1mgu
hari ni berlaku 1 peristiwa yg amat menyentuh perasaan aku

sedang aku borak2(clerk history) dengan pakcik ni..
pakcik ni ada major depressive disorder
sedih aku mendengar luahan hati pakcik ini yg rindu dgn isteri serta anak-anaknya
sedih aku melihat air mata pakcik ini yg tiba-tiba mengalir waktu dia tengah becerita
sedih lagi hati aku bile aku terbayngkn yg umur pakcik ini hampir sebaya ngan umur arwah daddy..

setelah hampir 10minit borak2..
datang seorg pesakit lain yg umur dia hampir sebaya ngan aku
datang2,dia terus salam pakcik ni
terus dia cium dahi dan pipi pakcik ni
sbb patient tu nk discharge dr wad dh
patient tu dia panggil ayah padahal tak sampai sebulan mereka tinggal di wad tu
bertambah2 sedih pakcik tu yg mmg tgh rindu kt anak2 dia yg jauh
aku dan kawan aku pun xtau nk ckp ape..
sebak dada aku tengok keadaan tu..
kawan aku lagi la..terus merah mata..

sebak dada aku sbb aku terbayangkn arwah daddy
sebak dada aku sbb aku tak pernah berpeluang nk cium dahi daddy
sebak dada aku sbb aku tak pernah berpeluang nk cium pipi daddy
terharu sgt tengok keadaan tu..

''setiap org di uji dengan pelbagai ujian yg berbeza-beza..tabah hadapi segala ujian yg diberi..sungguh,,ALLAH Maha Mengetahui..setiap yg berlaku pasti akan ada hikmahnya''

al-fatihah untuk mak n daddy

,,pagi yg hening!!

bangun pagi2 tadi..
aku terkedu duk atas katil sambil teringat balik mimpi mlm nye
gangguan syaitan barangkali..
temenung aku lebih kurang 5min
rase sedih ada,,rase sayang ada,,rase rindu lebih2 lg laa
tapi apakan daya..
aku harus hadapi realiti ini
mimpi semalam tetap mimpi!!



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.