May 9, 2010

.: diriKu :.

seandainya dikau memandang segalanya dari ALLAH,
yang menimpakan ujian dan mensebabkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hatimu,,
pastilah damai hatimu
kerana masakan
DIA sengaja mentaqdirkan segala untuk sesaat yang sia-sia
bukan DIA tidak tahu betapa derita
dan retaknya hatimu,.
tapi
mungkin itulah yang DIA mahu
kerana
DIA lebih tahu..
hati yang sebegitu..
lebih lunak untuk akrab denganNya..

dan

jadilah seperti yang kamu inginkan
kerana hidup ini satu kesempatan

'' jadikan dirimu sebagai pohon yang rendang
boleh dijadikan tempat berteduh
jangan jadikan dirimu sebatang pohon yang mati
tempat pungguk melepaskan rindu
yang hanya layak dijadikan kayu api "

~anonymous

No comments: