1 minggu lagi..
bakal merubah segala-galanya..
bakal menentukan sejauh mana usaha kami 5 tahun ini..
bakal melayakkan kami memegang gelaran doktor..
tapi
tanpa usaha,doa dan tawakal..
segalanya tidak mungkin
copy dr blog Gym:
doa2kan kami semua
Ya Allah ya Tuhan kami.....
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,
dosa pensyarah-pensyarah kami dan seluruh umat Islam,
lengkapkanlah budi pekerti kami,
sempurnakanlah usaha kami,
puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu
dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu
sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya
Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami.
Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan
adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu.
Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau lupakannya.
Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya.
Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan.
Kurniakanlah kejayaan dalam peperiksaan akhir iktisas kepada kami
agar kami menjadi Doktor yang bertaqwa...
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Ya Allah...
Kabulkanlah permintaan kami ini...
Kabulkanlah permintaan kami ini...
Kabulkanlah permintaan kami ini...
Amin..
1 comment:
all da best my sis..
Post a Comment