alhamdulillah
hari ni dah rase segar sikit nk buat entry baru
selepas 1 hari tumbang dek kerana demam
selepas hampir sekotak tisu habis mengelap hingus
selepas berbiji-biji ubat ditelan
![]() |
| nampak sgt ubat ni tipu |
selalu kalau demam..doktor-doktor akan cari source of infection
demam aku kali ni berpunca dari tonsilitis
alkisah satu hari aku tercekik tulang ikan keli
g klinik tarik tulang tu gune crocodile clip
oopss..crocodile ni nme alat kt klinik tu,,bukan the real crocodile =)
then, tonsil aku luka n menjadi punca dapat infection
3 hari aku sakit tekak, then start dapat selsema and then demam
time ni jugak la gastritis aku datang balik
dan berdouble2 la rase yang amat tak selesa
sekarang ni cume perlu menghabiskn antibiotik dan segala jenis ubat lain
dah la aku jenis ssh nk makan ubat biji
ubat dia sgt besar dan sgt tak best ok!!
************************* read more ***************************
Rasulullah SAW bersabda:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
oleh itu,,
gunakanlah waktu sihat, waktu kaya, waktu lapang, waktu muda dan waktu hidup ini
dengan sebaik-baiknya..
ambil ikhtibar atas sesuatu yang berlaku itu..
Firman Allah SWT:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)
renung-renungkan
dan jom sama-sama beramal
=)



3 comments:
cis... ni mmg malas betol nak buat entri ni!
haha..
x larat dowhh..
asyik duk mngelap hingus je..
tisu dh dkat sekotak dh abis..
nnt la ehh..
nntkan tips jage anak ikan
=)
haha... yela.. jge la dri.. hehe
Post a Comment